Monday, 13 May 2013

Triple Celebration



Last weekend is a week full of celebration. Hari Sabtu birthday husband dan juga mother's day. While harini pulak ialah anniversary kami yang ke 2.  So alang-alang semua tarikh dekat-dekat kite celebrate je semua sekaligus je dok?

Ikutkan hati nak merayap jauh-jauh. tapi fyi husband sekaramg tak suke jalan jauh merapu meraban. Setiap minggu aku merayu bawak aku jalan jauh2 tapi tak di layannnnn. hahahahaha.. Sudahnya kami ke Setia City Mall je. Ok laaaaaaaaaa

Dah sampai sana masalah pulak datang, tak tau nak makan mane. Kalau ikut taste ai mesti la nak delicious kannn. Tapi rase cam mahal la sian kat husband. Baik ai kan.... hahahaha. Ikutkan macam-macam ada kat situ sebab tu susah nak pilih. Sudahnya aku pilih Full House sebab husband tak pernah makan situ. lagipun suasana dia nyaman aman damai romantik gitu kan. Yang penting harga affordable kata isteri yang baik hati itu. hahahaha

Ikutkan hati nak order mengarut-ngarut tapi kami pun baru balik kenduri maka kami decide order yang light-light jela.. Maka ini pilihan kami.





I picked Alfredo, omg sedap sangat. Sangat creamy, very simple but very tasty. While husband picked teriyaki chicken burger pun sedap sangat. Sangat berpuas hati and husband is very happy too! for drinks we choose watermelon juice and banana shake. Air tu biasa-biasa je oklah not so bad. Tapi part yang paling best ialahhhhhhh....




desert!!!

Kami makan licin walaupun dah kenyang makan main dish tadi tapi kami mampu habiskan desert dengan bantuan Rayyan. he loves it so much that he gets sugar rush after that. Time nak bayar bil dia siap berry2 lagi. Kerasan la tuh..

Last but not least here's some of Rayyan's pictures through out the day. 








till then, bai!

Monday, 8 April 2013

Oh My BMW


Ahahahah aku gelak tengok gambar ni. Macam mana la gamaknye nk lipat stroller ni. Hahahahaha...





Wednesday, 3 April 2013

Happy 1st Birthday Muhammad Rizq Rayyan


Assalamualaikum

Wahhhh cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik Rayyan dah setahun. Fobia bersalinkan Rayyan pun rasa tak hilang lagi tau-tau je dah genap setahun dah anak mama ni. Lihatlah masa-masa berterbangan...

Sempena birthday Rayyan yang pertama ni memang dah jangka Rayyan akan celebrate dua kali. First of course la rumah atuk dan wan kat Klang. Rumah yang Rayyan duduk hari-hari, kan cucu sulung semestinya atuk dan wan excited nak celebrate birthday Rayyan.

Pada 2 April belah malam aku datang la rumah mertua, semuanya dah di arrange oleh husband. From cake, food, drinks semua husband uruskan. Kiranya aku ni macam tetamu la kat majlis hari jadi anak sendiri. Hahaha... Takpela, mama kan penat, kerja jauh, so ayah uruskan jela ye..

Sampai je rumah dalam pukul 6.30 husband pun call. Borak-borak sikit lepas tu husband pun bagitau..

Ayah : Abah belikan Rayyan kereta besar
Mama : Kereta control ke?
Ayah : Aah, tapi yang ni boleh duduk dalam tu
Mama : (OMG) Besar macam kereta Danish tu ke?
Ayah : Haah!

Amboi, anak aku memang sangat di'spoil'kan oleh bapak mertua aku. Toys kat rumah mertua aku lagi banyak dari toys yang ada kat rumah aku. Penangan cucu sorang...

Malam tu pas manghrib aku pun gerak ke rumah mertua. Sampai je rumah Rayyan tak layan pun mama. Sebab ape tau...


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Yeah...he's bz checkin out his new car, his first brand new car! LOL

Ok fine, mama diketepikan. Takpelah, only if his birthday I'm allowed him to do this to me. Tsk tsk...

Oklah, here's some of the pictures during his birthday celebration. Kecewa gambar kami satu family takde yang cantik, my biras tak pandai ambik gambar. *salahkan biras pulak*

Budak ni bukannya faham pun yang ni birthday dia

I've got more prezzieee

Amboi muke eksyen je

Anak laki maka kek ben 10 la jawabnya

Potong kek!

Weekend ni nak celebrate lagi kat kampung bersama-sama dengan Nyla yang lahir just beza 3 hari je dengan Rayyan. Lepas tu nak jugak celberate birthday Atok Sg Besar yang birthday nye sama dengan Aidid which is 14 April. Banyak April babies dalam family ku... Hehehehe...

Saturday, 30 March 2013

Takde motivasi

wuishhhh dah semak bersawang dah blog aku nih. hahahahaha... dulu konon2 alasan susah nak update blog, tapi sekarang dah ada kemudahan pun taknak update jugak. memang patut la akaun nuffnang tak gerak-gerak 😭

Oklah, tak tau nak bebel apa. Letak gambar Rayyan jela ye... 😎


















Tuesday, 12 February 2013

Senyum :)






My First Pay Cheque From Nuffnang


Syukur alhamdulillah.... Pagi  ni masuk office ada sekeping surat terletak atas meja. Ingatkan surat apa la..Bukak-bukak tengok ada chek dari Nuffnang. My first paycheque kot... Berbaloi bukak blog tapi sedihnya I'm no longer accessing my blog. Sedih sangat. Sekarang ni kena mula sekali lagi which aku rasa dah tak semangat macam dulu. Baru je rasa blog dah mula maju, dah mula dikenali, tiba-tiba diuji dengan account kena hack dan tak boleh dah access account tu.

But apart from that, lately aku bersyukur diberi rezeki yang melimpah ruah. Last week dapat promotion dari Senior Executive ke Assistant Manager which aku sangat-sangat surprised. I'm totally not expecting that at all. Masa kena panggil dengan Senior Manager aku hampir-hampir menjerit bila dia bagitau "you're now an Assistant Manager!" Like seriously?? Bab itu nanti la kita cerita eh...Hahahaha..

So oklah, got some work to do, harini office ada buat rombakan sebab ada a few person yang dapat promotipn so kena tukar tempat. Tapi nasib baik aku stay je kat sini, tak perlu hangkut barang ke sana sini. So yeah, happy working people..






Tuesday, 5 February 2013

WW : Oh My Gucci




Monday, 4 February 2013

Boyssssssss



Akhirnya dapat jugak snap gambar budak 3 orang ni. Mama-mama kepada 3 orang budak ni is actually my cousins and we're closed to each other. Jarang-jarang dapat gather sama-sama unless ade family event. Kali ni dapat juga kami berkumpul dan ni hasilnya... Ada orang komen kat fb diorang ni macam tengah dengar taklimat. Hahaha.... Padahal kena paksa amik gambar dengan mama-mama diorang.

Tengok muka sorang-sorang, takde pun yang senyum. Maknye yang terjerit-jerit panggil nama anak tapi budaknye muke monyok je.... Anyway, I have so much fun meeting you guys. Love all of u!

Rayyan, Irfan and Adam. 


Wednesday, 16 January 2013

WW : Funny Faces










Tuesday, 8 January 2013

Siapa Lagi Garang?


Aku ni semulajadinya dilahirkan sebagai seoang yang sombong, garang, moody, bossy... Aku rasa sifat mazmumah aku tu melebihi sifat mazmumah aku sendiri.

Sampai la satu masa ketika aku belum berkahwin aku selalu membuat andaian yang bila aku ada anak nanti aku akan jadi seorang emak yang garang. Sebabnya sebelum aku ada anak aku la yang selalu marah-marah dan bising-bising kat anak buah aku. Kalau agak-agak melampau je memang cepat je tangan aku capai rotan. Garang tak garang?

Tapi kan, bila dah ada anak sendiri kan, aku rasa macam terbalik pulak. Masa aku mengandung aku selalu andaikan yang aku garang dan suami aku yang lembut. Tapi sangkaan itu meleset sama sekali. Pelik kan?

Bila dah 9 bulan ada anak ni baru la aku nampak true colors kami suami isteri. Siapa kata 9 bulan anak duduk diam je? Masa ni la dia nak buat sepah, buat perangai yang boleh buat ko rasa tension sangat-sangat. UNFORTUNATELY, aku tak rasa begitu. Bila anak aku nangis-nangis, aku pujuk elok-elok, bila anak aku buat sepah, aku tak pernah marah, aku diam dan aku kemas. Tapi lain pulak dengan si suami.....

Si suami sekarang dah mula nak marah-marah anak. Anak mengada-ngada sikit je mula lanada suara tu lain. Anak buat sepah lagi la.. Aku selalu bagitau jangan garang-garang dengan anak, jangan kasar-kasar, nanti anak ikut jadi kasar. Jangan marah-marah sebab anak tak faham pun. Itu pada pandangan aku la.... Kalau marah-marah pun buang masa+tenaga je. Si kenit tak faham...

Entah la, aku tak tau la tindakan aku ni betul ke tidak. Tapi pada aku kalau la aku boleh turn back time, aku tak nak ada parent yang garang macam parent aku. Aku akui parent aku dulu sangat-sangat garang. Tak pernah la aku rasa nak bermanja-manja, nak luahkan perasaan, never... Bila dah besar ni baru la parent aku slow down dan boleh ajar berbincang. Tapi itulah yang membentuk aku menjadi aku sekarang ni. Pros nya aku menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, insya Allah. Tapi cons nya aku menjadi seorang yang pendiam, sombong, yang pendendam... Hmm... entah la.

The other reason yang aku rasa aku tak boleh nak marah anak ialah, aku fikir betapa susahnya aku mengandungkan dan melahirkan dia. Aku seorang diri kat KL dan husband di Klang. Tak la jauh sangat tapi semuanya aku buat sendiri. Uruskan diri sendiri, pergi chekup sendiri, sakit sendiri, semuanya sendiri. Hujung minggu baru la aku dapat berjumpa suami, masa tu jela dapat bermanja-manja...

Itu cerita masa mengandung je, tak termasuk lagi masa nak bersalin. Dah la seminggu sebelum deliver aku  kene warded kat hospital. Seminggu kena duduk hospital. Keluar hospital sambung cuti seminggu dan terus serah diri kat hospital utk di induce. Sakit bersalin usah cerita la... Allah je tahu azabnya. Sebab tu la aku rasa tak berbaloi untuk aku marah kepada seorang insan yang sangat-sangat aku hargai. Dengan muka innocent yang macam tu macam mana la aku nak marah? Tak sampai hati...

So, I don't know about you guys. Orang cakap there's no right or no in parenting. Cuma aku berharap aku tak terlalu spoil kan anak aku je. Aku cuma mohon Allah bagi aku kesabaran dalam nak menjaga dan mendidik anak. It's not an easy job you know! Banyak sangat dugaan nak besarkan anak ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.....


Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year & Happy 9th Month Old Rayyan


How time flies right? Dan dah berapa lama jugak aku tak update blog. Seriously aku macam dah hilang semangat nak update blog setiap hari. Aku rindukan blog lama aku, aku seolah-olah tak boleh trima kenyataan yang aku tak boleh nak access blog lama aku. Terlalu banyak kenangan di saat aku mula ditunangkan, dinikahkan dan kelahiran Rayyan, semuanya aku catat dalam blog tersebut... Sedih, pedih luluh hati aku ni... Kalau la ada siapa-siapa yang boleh hacked account aku tu sila la hack, aku nak sangat access akaun lama tu... Rindu sangat-sangat.

Besempena tahun baru ni ada la aku sematkan dalam hati ni nak update blog selalu tapi semat sikit-sikit je tak semat betul-betul. Takut tak tersampai hajat tu... Hehehe... But I will try my best sebab banyak sangat termiss update tentang Rayyan, tentang kehidupan. Life's been treating me good lately, alhamdulillah... 2012 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar dan thought me to be a strong and better person. Banyak sangat up and down dan syukur Allah masih panjangkan umur untuk ke next adventure  in 2013.

Last but not least, harini jugak genap sembilan bulan umur Rayyan. Tak lama lagi dah nak masuk 1 tahun and  I should plan his birthday party from now on I guess.. Hehehe... Sekarang ni dah macam-macam akal, dan macam-macam benda dia nak try. But yang paling aku geram ialah dia dah pandai pilih-pilih orang. Weekend baru ni parent aku datang rumah dan Rayyan boleh nangis-nangis tak nak ikut atok ngn nanny dia. Sabar jelaaaaaa..... Kena tackle sikit-sikit baru la dia ok. Itu orang yg dia kenal dia buat camtu, cuba dengan orang yang dia tak kenal. Mau menjerit kuat-kuat... Haihhh...

Instead of the drama yang Rayyan create tuh, sekarang ni dia suka explore new things. Dia nak try reached semua benda yang dia nampak depan mata dia. Nak pegang, nak rasa, nak capai. Memang bersepah la rumah... Kalau dukung ke, naik stroller ke apa sahaja benda yang dia boleh capai, dia nak capai. Memang aku kena jadi extra careful sebab takut dia capai benda-benda yang bahaya. Kalau nak ikutkan dah banyak kali jugak la kitorang kena mini heart attack bila Rayyan capai mug, rice cooker dengan streka baju. Fuhhhhhh.... Sekarang ni kitorang cuba kurangkan masa dia naik walker sebab time tu la dia start nak mengemas. Tapi sesekali dia mengamuk jugak sebab kena duduk je depan tv, tapi what to do.. Safety first my dear..

So, here's Rayyan latest pic. Sekarang berat badan macam makin bertambah sebab selera makan pun makin bertambah. Mama masak cincai-cincai pun dia blasah cukup-cukup. Sedap ke? Hehehe.... Alhamdulillah Rayyan tak pilih makan. Harap-harap sampai besar la makan tak memilih. Jangan jadi macam ayah tau... Hahaha...






Additional resolution for this year - bagi adik kat Rayyan maybe? Hehehe....