Wednesday, 16 January 2013

WW : Funny Faces










Tuesday, 8 January 2013

Siapa Lagi Garang?


Aku ni semulajadinya dilahirkan sebagai seoang yang sombong, garang, moody, bossy... Aku rasa sifat mazmumah aku tu melebihi sifat mazmumah aku sendiri.

Sampai la satu masa ketika aku belum berkahwin aku selalu membuat andaian yang bila aku ada anak nanti aku akan jadi seorang emak yang garang. Sebabnya sebelum aku ada anak aku la yang selalu marah-marah dan bising-bising kat anak buah aku. Kalau agak-agak melampau je memang cepat je tangan aku capai rotan. Garang tak garang?

Tapi kan, bila dah ada anak sendiri kan, aku rasa macam terbalik pulak. Masa aku mengandung aku selalu andaikan yang aku garang dan suami aku yang lembut. Tapi sangkaan itu meleset sama sekali. Pelik kan?

Bila dah 9 bulan ada anak ni baru la aku nampak true colors kami suami isteri. Siapa kata 9 bulan anak duduk diam je? Masa ni la dia nak buat sepah, buat perangai yang boleh buat ko rasa tension sangat-sangat. UNFORTUNATELY, aku tak rasa begitu. Bila anak aku nangis-nangis, aku pujuk elok-elok, bila anak aku buat sepah, aku tak pernah marah, aku diam dan aku kemas. Tapi lain pulak dengan si suami.....

Si suami sekarang dah mula nak marah-marah anak. Anak mengada-ngada sikit je mula lanada suara tu lain. Anak buat sepah lagi la.. Aku selalu bagitau jangan garang-garang dengan anak, jangan kasar-kasar, nanti anak ikut jadi kasar. Jangan marah-marah sebab anak tak faham pun. Itu pada pandangan aku la.... Kalau marah-marah pun buang masa+tenaga je. Si kenit tak faham...

Entah la, aku tak tau la tindakan aku ni betul ke tidak. Tapi pada aku kalau la aku boleh turn back time, aku tak nak ada parent yang garang macam parent aku. Aku akui parent aku dulu sangat-sangat garang. Tak pernah la aku rasa nak bermanja-manja, nak luahkan perasaan, never... Bila dah besar ni baru la parent aku slow down dan boleh ajar berbincang. Tapi itulah yang membentuk aku menjadi aku sekarang ni. Pros nya aku menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, insya Allah. Tapi cons nya aku menjadi seorang yang pendiam, sombong, yang pendendam... Hmm... entah la.

The other reason yang aku rasa aku tak boleh nak marah anak ialah, aku fikir betapa susahnya aku mengandungkan dan melahirkan dia. Aku seorang diri kat KL dan husband di Klang. Tak la jauh sangat tapi semuanya aku buat sendiri. Uruskan diri sendiri, pergi chekup sendiri, sakit sendiri, semuanya sendiri. Hujung minggu baru la aku dapat berjumpa suami, masa tu jela dapat bermanja-manja...

Itu cerita masa mengandung je, tak termasuk lagi masa nak bersalin. Dah la seminggu sebelum deliver aku  kene warded kat hospital. Seminggu kena duduk hospital. Keluar hospital sambung cuti seminggu dan terus serah diri kat hospital utk di induce. Sakit bersalin usah cerita la... Allah je tahu azabnya. Sebab tu la aku rasa tak berbaloi untuk aku marah kepada seorang insan yang sangat-sangat aku hargai. Dengan muka innocent yang macam tu macam mana la aku nak marah? Tak sampai hati...

So, I don't know about you guys. Orang cakap there's no right or no in parenting. Cuma aku berharap aku tak terlalu spoil kan anak aku je. Aku cuma mohon Allah bagi aku kesabaran dalam nak menjaga dan mendidik anak. It's not an easy job you know! Banyak sangat dugaan nak besarkan anak ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.....


Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year & Happy 9th Month Old Rayyan


How time flies right? Dan dah berapa lama jugak aku tak update blog. Seriously aku macam dah hilang semangat nak update blog setiap hari. Aku rindukan blog lama aku, aku seolah-olah tak boleh trima kenyataan yang aku tak boleh nak access blog lama aku. Terlalu banyak kenangan di saat aku mula ditunangkan, dinikahkan dan kelahiran Rayyan, semuanya aku catat dalam blog tersebut... Sedih, pedih luluh hati aku ni... Kalau la ada siapa-siapa yang boleh hacked account aku tu sila la hack, aku nak sangat access akaun lama tu... Rindu sangat-sangat.

Besempena tahun baru ni ada la aku sematkan dalam hati ni nak update blog selalu tapi semat sikit-sikit je tak semat betul-betul. Takut tak tersampai hajat tu... Hehehe... But I will try my best sebab banyak sangat termiss update tentang Rayyan, tentang kehidupan. Life's been treating me good lately, alhamdulillah... 2012 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar dan thought me to be a strong and better person. Banyak sangat up and down dan syukur Allah masih panjangkan umur untuk ke next adventure  in 2013.

Last but not least, harini jugak genap sembilan bulan umur Rayyan. Tak lama lagi dah nak masuk 1 tahun and  I should plan his birthday party from now on I guess.. Hehehe... Sekarang ni dah macam-macam akal, dan macam-macam benda dia nak try. But yang paling aku geram ialah dia dah pandai pilih-pilih orang. Weekend baru ni parent aku datang rumah dan Rayyan boleh nangis-nangis tak nak ikut atok ngn nanny dia. Sabar jelaaaaaa..... Kena tackle sikit-sikit baru la dia ok. Itu orang yg dia kenal dia buat camtu, cuba dengan orang yang dia tak kenal. Mau menjerit kuat-kuat... Haihhh...

Instead of the drama yang Rayyan create tuh, sekarang ni dia suka explore new things. Dia nak try reached semua benda yang dia nampak depan mata dia. Nak pegang, nak rasa, nak capai. Memang bersepah la rumah... Kalau dukung ke, naik stroller ke apa sahaja benda yang dia boleh capai, dia nak capai. Memang aku kena jadi extra careful sebab takut dia capai benda-benda yang bahaya. Kalau nak ikutkan dah banyak kali jugak la kitorang kena mini heart attack bila Rayyan capai mug, rice cooker dengan streka baju. Fuhhhhhh.... Sekarang ni kitorang cuba kurangkan masa dia naik walker sebab time tu la dia start nak mengemas. Tapi sesekali dia mengamuk jugak sebab kena duduk je depan tv, tapi what to do.. Safety first my dear..

So, here's Rayyan latest pic. Sekarang berat badan macam makin bertambah sebab selera makan pun makin bertambah. Mama masak cincai-cincai pun dia blasah cukup-cukup. Sedap ke? Hehehe.... Alhamdulillah Rayyan tak pilih makan. Harap-harap sampai besar la makan tak memilih. Jangan jadi macam ayah tau... Hahaha...






Additional resolution for this year - bagi adik kat Rayyan maybe? Hehehe....