So as an alternative, aku pun beli la susu kambing karihome ni. Korang pun tau kan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Beli yang tin kecil je sebab nak try kan. Dalam masa nak try-try tu melayang la jugak 45 ringgit. Takpela, demi anak tersayang. Aku beli yang step 2 untuk baby 6 hingga 12 bulan. Harapan menggunung dalam hati mintak-mintak Rayyan terima la.

Malam tadi balik je Rayyan dari rumah mil, aku pun bancuh la susu tu ikut sukatan 1 scoop = 30ml air. Cuba la bancuh 90 ml lebih kurang 3 oz bagi la Rayyan minum. Terkial-kial zku bancuh susu. Ini adalah kali pertama, sila highlight FIRST TIME bagi anak susu formula. Kekok nak mampos, sukat air pun terhegeh-hegeh. Lepas bancuh aku pun hala la botol ke mulut Rayyan. Mungkin masa tu dia dah mamai-mamai, dia minum jugak susu tu. Dahku berfikir, eh om jugak budak ni boleh telan. So not bad lah jugak..
TAPI............. lama-lama aku perhati susu tu macam tak luak. Sedangkan lama jugak si Rayyan pegang botol tu. Tekaan aku tepat, bila Rayyan lepas je botol tu aku tengok susu luak dalam 1 oz je sedangkan kalau minum fresh ebm, tak sampai 10 minit kot habis 3 oz. Kadang-kadang 5 minit pun boleh habis.
Tengah-tengah malam bila Rayyan mintak susu aku bancuhkan lagi susu kambing tu. Kali ni bancuh 2 oz je sebab tak nak membazir, hasilnya tetap sama. Luak 1 oz je... Haih la anak... Nasib baik la malam tadi tidur lena, kalau meragam habis la aku.
Kesimpulannya, anakanda tercinta tak boleh accept susu formula. Tapi kalai dah jadi kes emergency macam ni nak buat macam mana? Milk production pun makin lama makin low. Kalau hari-hari buat pp pun bole sakit cik n tau. Ya Allah, aku mohon padaMu sempurnakanlah penyusuan anakku Muhammad Rizq Rayyan sehingga 2 tahun. Amin....
No comments:
Post a Comment