Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year & Happy 9th Month Old Rayyan


How time flies right? Dan dah berapa lama jugak aku tak update blog. Seriously aku macam dah hilang semangat nak update blog setiap hari. Aku rindukan blog lama aku, aku seolah-olah tak boleh trima kenyataan yang aku tak boleh nak access blog lama aku. Terlalu banyak kenangan di saat aku mula ditunangkan, dinikahkan dan kelahiran Rayyan, semuanya aku catat dalam blog tersebut... Sedih, pedih luluh hati aku ni... Kalau la ada siapa-siapa yang boleh hacked account aku tu sila la hack, aku nak sangat access akaun lama tu... Rindu sangat-sangat.

Besempena tahun baru ni ada la aku sematkan dalam hati ni nak update blog selalu tapi semat sikit-sikit je tak semat betul-betul. Takut tak tersampai hajat tu... Hehehe... But I will try my best sebab banyak sangat termiss update tentang Rayyan, tentang kehidupan. Life's been treating me good lately, alhamdulillah... 2012 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar dan thought me to be a strong and better person. Banyak sangat up and down dan syukur Allah masih panjangkan umur untuk ke next adventure  in 2013.

Last but not least, harini jugak genap sembilan bulan umur Rayyan. Tak lama lagi dah nak masuk 1 tahun and  I should plan his birthday party from now on I guess.. Hehehe... Sekarang ni dah macam-macam akal, dan macam-macam benda dia nak try. But yang paling aku geram ialah dia dah pandai pilih-pilih orang. Weekend baru ni parent aku datang rumah dan Rayyan boleh nangis-nangis tak nak ikut atok ngn nanny dia. Sabar jelaaaaaa..... Kena tackle sikit-sikit baru la dia ok. Itu orang yg dia kenal dia buat camtu, cuba dengan orang yang dia tak kenal. Mau menjerit kuat-kuat... Haihhh...

Instead of the drama yang Rayyan create tuh, sekarang ni dia suka explore new things. Dia nak try reached semua benda yang dia nampak depan mata dia. Nak pegang, nak rasa, nak capai. Memang bersepah la rumah... Kalau dukung ke, naik stroller ke apa sahaja benda yang dia boleh capai, dia nak capai. Memang aku kena jadi extra careful sebab takut dia capai benda-benda yang bahaya. Kalau nak ikutkan dah banyak kali jugak la kitorang kena mini heart attack bila Rayyan capai mug, rice cooker dengan streka baju. Fuhhhhhh.... Sekarang ni kitorang cuba kurangkan masa dia naik walker sebab time tu la dia start nak mengemas. Tapi sesekali dia mengamuk jugak sebab kena duduk je depan tv, tapi what to do.. Safety first my dear..

So, here's Rayyan latest pic. Sekarang berat badan macam makin bertambah sebab selera makan pun makin bertambah. Mama masak cincai-cincai pun dia blasah cukup-cukup. Sedap ke? Hehehe.... Alhamdulillah Rayyan tak pilih makan. Harap-harap sampai besar la makan tak memilih. Jangan jadi macam ayah tau... Hahaha...






Additional resolution for this year - bagi adik kat Rayyan maybe? Hehehe....

1 comment:

  1. Weh... X alert aku pun ada blog baruu!!!! Aku dok godekla blog lama ko.. Naseb bek bc blog elly td, br la aku tau tgk ko komen kt situ! Hahaha...

    ReplyDelete