Wednesday, 15 October 2014

Muhammad Umar Thaqif



Assalamualaikum

Harini nak cerita pasal Umar pulak. Tetiba harini ada mood  nak bukak blog nak start mengarut-ngarut balik. Tapi harini nak cerita pasal kewujudan Umar dalam hidup kami. Mungkin ini akan jadi satu post yang panjang berjela sebab nak compile semua story dalam satu post. Harap tak jemu dan aku jugak berharap aku tak malas manaip sampai habis post ni.

Ceritanya macam ni.. Aku dan suami memang merancang nak ada anak kedua selepas Rayyan. Plan asal adalah Rayyan genap 2 tahun dan aku akan try to get pregnant. Tapi entah macam mana suatu hari suami cakap, jom kita tambah anak. Rasanya sekarang ni Rayyan is under control dan ada rezeki lebih. Masa tu umur Rayyan dalam setahun 3 bulan. Lepas aku fikir-fikir apa yang suami aku cakap tu aku pun rasa ada betulnya. Lagipun aku fikir tak salah nak cuba sebab tak tentu setiap percubaan itu berjaya. Semuanya terletak pada rezeki Allah.

After 3 months of trying aku akhirnya disahkan mengandung. It's quiet funny sebab ada suatu hari tu aku dah lewat 3 hari. Aku bgtau suami aku dah lewat tapi suami cakap ala... tak tentu lagi kot sebab sebelum tu aku pernah lewat sampai 10 hari tapi akhirnya gagal. So kali ni taknak la mengharap kan. Tapi masa hari ke 3 tu tengah siang-siang ikan kat dapur tetiba aku rasa loya. Dalam hati cakap, tak kan lah... Tak mungkin! (ada unsur-unsur denial di situ).

So the next day aku seret suami pergi Jusco and beli pregnancy test. Memula aku ingat nak tunggu lewat genap seminggu tapi hati tak boleh tahan. Heeee.... Balik je dari Jusco terus pergi kencing dah keputusannya alhamdulillah positif. Bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Tak sangka kami akan dikurniakan anak seawal ni.




So setelah confirm positif aku takde la pergi klinik double check ke apa sebab dah ada experience kan. Bila dah tau tu duduk jela diam-diam.. Heeee takde la, buat macam biasa jela. Jaga tingkah laku, jaga pemakanan sebab masih fragile. Masa ni tak tau nak bagitau sapa dulu. Nak bagitau mak ke, family in law ke, adik beradik ke, kawan-kawan ke... Excited sangat rasanya, meronta-ronta nak buat annoucement. Mengalahkan pregnant anak nombor 1.

To be truth, mengandungkan Umar is not a fun experience compared to Rayyan. Dengan Rayyan aku jarang-jarang rasa loya. Makan pun tak memilih. Tetapi dengan Umar lain sangat. Kali ni baru aku faham perasaan orang-orang yang having morning sickness or all-day-sickness sebab akulah orangnya yang kena all-day-sickness tu. Musuh utama aku adalah dapur. Aku tak boleh bau bawang, bau ikan daging ayam, bau perfume dan segala macam lagi bau-bauan. Aku tukar deodorant aku, tukar shower gel, tukar segala pencuci baju dan softener sebab aku tak tahan. Makan pun aku sangat memilih. Tak lalu nak makan nasi especially nasi campur. Aku tak usik dapur aku sampailah aku cecah 8 bulan. Sepanjang aku tak lalu nak masak tu memang kedai adalah tukang masak kami.

Tapi yang tak bestnya walaupun makan kat kedai hari-hari, kedai yang used to be favorite sekarang tidak lagi. Haih...azabnya rasa. Tapi the bright side is aku tak gain much weight during pregnancy. Kejap naik kejap turun lagipun masa aku try pregnant tu pun aku dalam keadaan yang sangat gemok. Kalau kira total berat badan yang yoyo masa pregnant tu tak sampai pun 10kg naik. Fuhh...

For your information la kan, aku ni setiap kali pregnant masalah aku ialah datang segala penyakit yang tak pernah ada sepanjang hayat aku hidup. Paling aku seram ialah darah tinggi. Masa mengadungkan Rayyan aku pernah kena warded sebab ada symptom pre-eclampsia. Aku kena deliver awal but thanks to Allah semuanya ok. Kalini aku berjanji aku akan jaga kesihatan, kurangkan makan merapu-rapu and try to eat healthy meal. So sepanjang mengandungkan Umar walaupun aku tak selera makan tapi level BP agak stabil. Takde la cun sangat tapi selalunya 120/80. Kira cun la untuk orang macam aku ni.

Through out pregnancy ni jugak aku kerap travel dgn family aku. Ada sekali tu ke JB dan sekali tu ke Jakarta. Masa tu orang tak perasan kot aku pregnant sebab aku gemok kan. So naik flight pun takde la kena query macam-macam masa kat airport. Tapi apa-apa risiko tanggung sendiri ler...


Tak pasan kan tengah peknen mase nih

Tapi dalam banyak-banyak trip, trip ke Jakarta paling bestand challenging. Sebab masa tu dah la pregnant, bawak anak kecik lagi. Rayyan pun tak cecah lagi 2 tahun masa tu. Excited nak buatkan dia passport.. Untungla kecik-kecik dah naik kapal terbang. Aku dulu dah tua bangka baru rasa naik flight. Itu pun domestik je. Jadi laaaa... Tapi cerita kat Jakarta tu nanti la cerita kat post lain. Kalau tak merepek meraban dah post aku nih


Macam muka anak orang pakistan je

Sekarang ni kita pendekkan cerita la.. Malas nak taip sebijik-sebijik kisah mengandungkan Umar dari 2 bulan sampai 9 bulan. So masa 39 weeks check up, doctor bagitau dah ada bukaan 2 cm. Doc bagitau malam ni check in hospital esok kita proceed la apa-apa yang patut. Masa tu 3 haribulan Julai, 5 Ramadhan. Sepanjang 5 hari puasa tu aku berjaya puasa walaupun masa tu dah sarat gila tapi aku fikir kalau aku ponteng jenuh nak ganti nanti. Hari first puasa memang mencabar jiwa dan raga, tapi seterusnya dah ok. Lepas check up pagi tu doc bg mc aku pun balik rumah prepare apa-apa yang patut untuk di bawa ke hospital.

FYI aku bersalin kat Hospital Bersalin Razif kat Taman Andalas Klang. Lepas doc bagitau nak kena admit aku bagitau the whole family dan mintak diorang doakan yang terbaik untuk aku dan baby. Tapi kalau dah nama Ayu tu memang tak boleh lari dari drama. Aku ni kalau preganant je memang drama air mata. Nak bagitau family esok nak bersalin pun menangis-nangis. Dasar drama queen. Itu tak termasuk lagi kisah nak berpisah dengan Rayyan. Hoi, malu aku nak cerita.. Hahahahahaha

So malam tu aku pun check in, mintak open ward je. (Cuba buat baik kat suami dengan mengurangkan kos hospital) Tapi ada jugak plan nak duduk kat single room lepas deliver. Tapi lepas tengok Hospital Razif punya open ward aku rasa eh selesa jugak eh. Tak crowded dan ada privacy. Takde la macam hospital goverment. So aku decide lepas deliver pun nak duduk je kat open ward.

The next moring, lepas subuh je suami datang hospital sebab doc nak tolak dalam labour room sebab dah bukak 3 cm. Mula-mula doc nak induce tapi since dah ade bukaan doc bagitau nak pecahkan air ketuban terus dan masukkan dripping. Tapi kat sini la kisah drama swasta seterusnya berlaku., Jeng jeng jeng...

Lepas je doc pecahkan air ketuban dan masukkan dripping masa tu contraction terus kuat. Setiap 5 minit sakit-sakit kuat. Sampaikan setiap 5 minit tu dapat 2,3 kali contraction. Bila doc datang untuk check progress tiba-tiba muka doc jadi lain. Dia bagitau "I lost his head". Apa maksud doc ni?? Doc bagitau masa proses pecahkan air, baby sempat twist dalam perut so baby telah menjauhkan diri dari pintu rahim. Ini jugak disebabkan air ketuban aku yang banyak so baby ada ruang untuk berpusing dalam perut. Aku tak tau la apa bahasa saintifik untuk condition aku ni tapi itu la yang aku faham dari doc's explaination. So end up aku kena emergemcy c-sect. Bila je doc bagitau kene c-sect, apa lagi.. Si drama queen ni pun mula beraksi.

(Nada menangis)

"Saya taknakkkkkkkkk!!!"

"It's okay, you tk rasa sakit. Kita akan bius and you won't feel anything.."

"Ye betul, tapi saya tak sanggup nak tahan sakit after deliver!"

"Takpe, nanti kita akan bagi bius etc2.............."

Aku dah tak mampu nak dengar doc's explanation dengan akal fikiran yang waras. Nangis lagi...

Suami kat sebelah dah cuak tak tau nak tenteramkan aku.

Dia call mak aku, dia call mak dia....................

Akhirnya kami mengalah for the sake of the baby sebab masa tu air ketuban dah kurang sebab masa memula kena pecah tu katil aku dah banjir. Terlalu banyak air yang keluar at one time.

Long story short, masuk OT, bla bla bla...... Setengah jam kemudian, lahir la Muhammad Umar Thaqif. Tau-tau je midwife dah bagi anak kat suami dan dia azankan anak tu. Syukur alhamdulillah.

Kat bawah ni aku tepek gambar-gambar Umar dari lahir sampai la sekarang. Makin lama makin debab makin lama makin cerdik syukur alhamdulillah. Bila tengok dia senyum lupa sekejap drama masa bersalin haritu. Nanti la ada masa aku cerita details detik-detik aku melahirkan Umar dan mungkin sedikit review pasal Hospital Pakar Bersalin Razif tu. Mesti ramai orang nak tau and cari kat google kan. Hehehehe....



First time dia jumpa adik. Penerimaan agak bagus.. Allah makbulkan doa aku

Macam ulat kepompong. Kene bedung 2 layer

Mulut ni aku tak tau datang dari mana. Lahir-lahir je dah camni

3rd day kat hospital. Aku dah boleh pegang dan susukan anak

Baru check out dari hospital. Diorang bagi uniform cute sangat

Baru sampai kampung. Nampak Rayyan boleh accept dan sayang adik

Officialllllll!


Prektis pegang adik

Kenduri cukur jambul. Tapi botaknya tak sebab takde sape berani buat. Sebelum ni bapak aku buat tapi kalini dia tak sihat

Bila dia dah pandai senyum

Masa ni dah pandai gelak, pandai selfie kot

Dah mula membina badan

Tangan dah start masuk mulut

Sekarang dah jadi igauan, mama hari-hari rindu



 Fuh.. setengah hari nak karang satu post. Kena install blogger dalam phone la gamaknya camni. Insya Allah jumpa lagi next post.

Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment